Sunday 6 March 2011

al - bukhary

waktu aku form 5 dulu, skolah aku dapat la sumbangan dari Yayasan Al-Bukhary.dapat buku rujukan FREE, buku latihan soalan past year spm FREE dan kalau kelas hari sabtu dapat makan FREE.kelas tambahan tuh kami panggil "kelas al-bukhary".dulu aku tertanya2 jgk, apa benda la al-bukhary tu kan.rupanya yayasan ni kepunyaan sorang jutawan M'sia yang amat baik hati iaitu Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary.


Tan Sri orang ke-8 paling kaya di Msia dan ke-32 di Asia..salute!! (si google)
serba ringkas kehidupan & bisnes Tan Sri yang aku baca dari sumber tenet:
-> beliau ada kelulusan spm
-> dulu hidup miskin, rumah x katil, x meja, x krusi pun..hidup susah
-> asal kluarga dari Yamen
-> anak ke-3 dari 7
-> mula berniaga tahun 70-an, ganti bapanya yang menternak binatang
-> ternakan tu kena penyakit
-> beralih arah dgn menjual daging kpd restoran2
-> peniagaan tu makin maju
-> beralih arah kpd perniagaan syrkt pengangkutan, dapat permit 4 lori kelas A.tp beli 2 lori
-> syrkat tu masih wujud sampai skrg dgn > 40 buah lori
-> tubuhkan syrkt pengedar beras
-> bisnes trus berkembang dan menambah lagi bisnesnya kpd gula
-> diberi kontrak untuk edar teh, tepung coklat, susu tepung, beras dan minyak sapi kpda kerajaan
-> dpt kontrak pembekalan susu dgn usahasama di bawah brand Fernleaf dan Anchor
-> jual kpntingan bekal susu sbb ekonomi meleset
-> dijemput ke delegasi di China, dan beliau menjalankan sistem "barter" iaitu tukar koko dgn teh china
-> bisnes makin maju, dpt kepercayaan bekalkan pakaian uniform dan kasut tentera
-> kemudian, mengembangkan bisnes dgn bidang perkapalan dgn menghantar beras ke Thailand, sbh dan srwak
-> alami kerugian dan terpaksa menjual kapalnya
-> memulakan bisnes dlm bidang hartanah dgn membeli tanah dan membuat perumahan
-> bergiat dlm 3 bidang penswastaan: berjaya membeli Johor Port dgn tender 330 juta dan menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Lepas. kemudian terlibat dalam penswastaan air
-> membeli syrkat kejuruteraan 

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

huh! kejayaan beliau amat aku kagumi..walaupun jadi jutawan, tp amal tetap beliau lakukan..terus aku pun memasang angan2 andai la 1 hari aku jadi macam ni.habislah aku jadi boros kannnn!

duit susah di cari, tapi senang di curi..kesimpulan: bila ada duit tu, jan lupa kpd org kurang upaya.Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: “ Segeralah kamu bersedekah kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah.”(Hadis riwayat Imam Baihaqi).

 marilah klik sini dan berbuat amal : http://www.irm.org.my/portal/
(klik kat button DONATE)

p/s: trima kasih atas buku latihan past year spm biology.syukur dpat B jgk start dari 0.huh!

"he's my idol".PEACE!

0 comments:

Post a Comment