Sunday 31 July 2011

hari kiamat

hadith:- "Tidak akan terjadi Hari Kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Maka mereka pun ditumpaskan oelh kaum Muslimin sehingga apabila orang-orang Yahudi itu bersembunyi di balik batu dan pepohon maka batu dan pohon itu akan berkata; Wahai kaum Muslimin, wahai hamba ALLAH, ini orang Yahudi ada dibelakangku, datanglah ke sini dan bunuhlah dia. Kecuali pohon Gharqad kerana sesungguhnya ia adalah pohon kaum Yahudi."

Wednesday 27 July 2011

Tips menghadapi temuduga

sempena karnival kerjaya BN di STC Likas..:))


PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
  1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
  2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
  3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
  4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
  5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
  6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda
Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.


KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA
Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.Apa yang perlu anda lakukan adalah :
  1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
  2. Jawab dengan jelas dan lantang
  3. Kikiskan sifat ego anda
  4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
  5. Banyakkan senyuman
  6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
  7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan
Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.




Wednesday 20 July 2011

drama2x zaman comelku :)

heloww2..lama dah x menulis kat belog neh...xoxoxo..
haish..masa boring2x kat opis gini tetiba lak teringat zaman skolah yg sweet2 n cumil2x blaka..euwww..teringat plak, abis skolah jew, pekara wajib tgok TV la..drama yg paling aku ingat masa form 2, kegilaan bila drama KOREA mula masuk ke M'sia. aku suke gile2x drama nih. sgtt SWEET okk?skrg aku tgok balik pun masih lg nanges2x..arhh

♥ Autumn in My Heart 

2nd drama aku ikuti plak masa aku form 3 ka x silap.drama ni main jam 3pm dkat Tv3..

 Rosalinda 

drama ketiga aku tgok masa menengah atas.masa tu dah bujang la org bilang..hahaha..
drama ni main kat astro Prima ka x silap..tp best..sesuai dgn citanya dan umur aku masa tuh..
nice drama..drama ni jd kegilaan jgk oleh budak2x lelaki kelas ku..
(nehh..jgn sngka lelaki x layan drama2x)..hehee..
aku suka gak dgn pasangan dlm drama ni sgt kacak dan cantik..sweet jew aku tgok..cita ni main ptg2x..kdg2x aku xsempat tgok sbb ada kelas tambahan..perghhh (rajin pulaaa)..


♪♫ Freshie high School ♪♫